Tuesday 7 May 2013

Hidup Harus Terus....

Bismillahirrahim.



Alhamdullilah. Malam ini lebih tenang selepas dapat selesaikan satu-satu permasalahan. Permasalahan hidup yang biasa. Apabila kita pernah membuat sesuatu keputusan yang mana sekiranya ia gagal, ia akan memberi kesan yang amat besar dalam hidup kita. 


Itulah suatu keputusan yang pernah saya buat kira-kira setahun lepas, selepas menimbangkan banyak aspek & faktor luaran, dalaman. Sangka saya, saya akan berjaya. Namun ianya tidaklah semudah yang disangkakan, tidaklah semudah untuk dilaksanakan, direalisasikan, dijayakan. 

Tapi saya tetap bersyukur, di sebalik kepayahan & kesusahan yang saya tanggung, masih ada terselit kasih sayang Allah. Masih ada natijah, rezeki, pertolongan & bantuan dariNya, didatangkan melalui insan-insan lain yang berada disekeliling saya. Allah beri saya rasa susah dahulu, rasa perit dahulu. Baru datang pertolongan, kemudahan dariNya satu-persatu. Syukur.....saya akan terus kuat, akan terus berikhtiar dan berusaha. 

Hidup harus terus, Usaha dan Ikhtiar jangan berhenti, Solat dan Doa jangan sesekali dilupakan....Semoga kasih sayang Allah akan terus menyelubungi hidup saya walaupun itu bermakna Dia akan terus mendatangkan ujian dalam hidup saya! Saya akan terus redha dan pasrah!

No comments:

Post a Comment