Tuesday 21 May 2013

Ya Allah, syukur padaMu.....Disebalik ujian, ada rahmat, ada hikmah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir 2 minggu saya cuba selitkan agenda sehari-hari saya untuk menulis dalam blog dah nak hampir bersawang ni....tapi belum berkesempatan lagi. Alhamdullilah, hari ini dapat luangkan sedikit masa walaupun sudah hampir lewat malam. Mengutamakan rutin harian yang penting e.g mengemas rumah, mengemas dapur, melayan anak-anak....2 dah tidur, cuma tinggal sorang lagi yang masih terkebil-kebil tengok TV. Takpe, biarkan....usianya berusia 4 tahun. Tahun depan bilamana sudah mula bersekolah tadika, harus lebih berdisiplin lagi ye sayangku? 

Alhamdulllilah....dalam 2 minggu ini jugak macam-macam perkara baik yang berlaku. Masalah-masalah yang saya hadapi mula selesai sedikit demi sedikit. Sekarang memang saya tambah yakin bahawasanya doa, tawakal, usaha datangnya harus seiring. Tiada masalah yang tak boleh selesai sekiranya kita usaha habis-habisan dan doa tidak putus-putus kepada Allah. Allah akan sentiasa tunjukkan jalan dan ilhamkan kepada hamba-hambaNya jalan terbaik untuk setiap penyelesaian. Jadi, jangan putus asa!
doa, usaha, tawakal


Insya Allah, dalam masa terdekat ni, saya akan memulakan kerja idaman saya di tempat yang baru. Inipun suatu hikmah jugak bilamana ada hajat saya tidak dikabulkan Allah sedikit masa lalu. Rupa-rupa Dia ada agenda yang lebih baik dari itu. Saya tak dapat apa yang saya nak, kecewa memang kecewa. I feel like I AM A LOSER! Saban hari saya memikirkan 'kesilapan' besar yang pernah saya lakukan tak lama dulu - melepaskan sesuatu yang bagi saya'mahal' dan 'besar' maknanya.....

Tapi Alhamdullilah, berbekalkan prinsip yang di bawah ni:-
"Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk saya" 
"Ada hikmah, rahmat disebalik setiap sesuatu" 
"Dari Allah datangnya semua ujian,dugaan & dariNya juga datangnya pertolongan dan penyelesaian"
......saya cuba sedaya upaya 'buang jauh-jauh' rasa kesal, rasa kecewa, rasa marah....sedaya upaya nya saya pujuk hati ini untuk terima takdir 'kegagalan' saya dan cuba bangkit semula mencari jalan lain. DOA, USAHA, TAWAKAL. 


doa, usaha, tawakal
Dan pada hari ini, saya mula nampak hikmah & rahmat sebalik setiap sesuatu kejadian yang Allah takdirkan untuk saya. Satu persatu Allah tunjukkan jalan penyelesaian buat saya. Tak lah semuanya selesai (Insya Allah saya harapkan sedikit masa lagi ianya akan selesai sepenuhnya), tapi jalan-jalan nya sudah mula nampak. Cuma saya yang kena lebihkan banyak doa & usaha lagi.....

Saya pun bukanlah hambaNya yang taat beribadah...kadang-kadang lewat jugak settlekan solat wajib. Menyesal, sebab teringat nasihat seorang ustaz / ustazah tak lama dulu -
"Jangan lewatkan solat. Kalau kamu sengaja lewatkan solat, jangan pulak persoalkan kenapa Allah 'lewat' kabulkan doa & hajat kamu". 

Saya solat wajib, cuba sedaya upaya untuk laksanakan solat rawatib dan amalan membaca Al-Quran. Tapi ibadah sunat lain tak pernah saya buat, contohnya qiamullail waktu malam, solat sunat dhuha, bersedekah dan sebagainya. Ilmu dan ada, kesedaran pun ada.....tapi ada sahaja alasan-alasan dibuat untuk menangguhkan amalan yang serba mulia ini.......


solat doa

Pun begitu.....................di sebalik kelalaian, kemalasan aku untuk beramal ibadat kepadaMu.....
YA ALLAH, Betapa pengasih dan Maha Penyayang Kau Ya Allah....
Doa dan pengharapanku tetap kau kabulkan, kau tunaikan....
Disebalik kerisauan masalah rezeki, kau tetap selitkan bantuan & pertolongan - rezeki itu tetap ada.....
Betapa besarnya kasih sayangMu Ya Allah....

Kekadang aku tertanya, adakah cukup apa yang telah aku lakukan untuk aku membalas setiap bantuan, pertolongan, perlindungan yang telah Kau kurniakan kepadaku?

Sedangkan Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu,
Kau yang Maha Agung yang berdiri sendiri tanpa memerlukan suatu apa pun,
Kau tidak meminta-minta kepada hambaMu, sebaliknya kamilah yang sentiasa meminta-minta kepadaMu,
Kau tidak memerlukan kasih sayang dari hambaMu, sebaliknya kamilah yang akan tersesat sekiranya hilang kasih sayang dariMu Ya Allah.......

Semoga ada tercatat perkara kebaikkan disebalik setiap sesuatu kejadian.

Semoga selepas ini saya tidak silap lagi....
Semoga selepas ini saya semakin sedar & tidak mudah lalai lagi....
Semoga selepas ini saya lebih berjaya untuk dunia dan akhirat.....

Amin.......

No comments:

Post a Comment