Thursday 7 November 2013

Arghh...mampukah saya? PHD?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni memang membuatkan saya excited+stunning+terkejut.....kat opis, toleh belakang terpandangkan buku yang amat tebal (dlm 400 ke 500 mukasurat). Saya ingatkan kamus OXFORD, rupa-rupanya final tesis PHD officemate, Mr Tan...Subhanallah! Masya Allah! Tebalnya.....

Bila sambung beborak dgn member lain, memang itulah sepatutnya tebal sebuah kajian tesis pelajar PHD. Tanya Mr. Tan, HOW MANY YRS U TOOK TO FINISH THIS STUDY? Masa tu dalam hati ingatkan 2-3 tahun aje, rupa-rupanya 5 YEARS! OMG.....Ya Allah terkejutnya.....kajiannya itu sehingga membawanya ke Brunei, London, semata-mata untuk membuat kajian yang lebih terperinci & detail.....
Yang membuatkan saya terkejut ialah sememangnya bermula hari pertama saya menjawat jawatan Lecturer ni, saya memang dah memasang impian nak sambung ke peringkat PHD. Aim saya ialah cuba dapatkan peluang untuk berkhidmat sebagai lecturer dulu kat mana-mana IPT sebelum berusia 35 tahun (Alhamdullilah, tercapai dah sekarang!), selepas tu saya akan sambung PHD....pada saya faktor usia memang memainkan peranan penting untuk sambung belajar...



Tapi bila dah bergaul dengan rakan-rakan lecturer lain yang jauh lebih berpengalaman, faktor usia apalah sangat.....dah berumur 50 tahun pun takde hal kalau still nak sambung belajar....

Insya Allah, panjang umur, rezeki ada, diizinkan Allah memang saya nak sambung PHD....tapi ada banyak perkara yang saya harus perbetulkan dulu. Saya risau kalau tergesa-gesa, akan timbul masalah kemudian hari. Even saya almost berputus asa masa sambung Master dalam 4 tahun lepas.....saya almost berhenti di pertengahan jalan.....tapi atas hasil dorongan semangat & nasihat keluarga & kawan-kawan, saya gagahkan jugak dan akhirnya grad jugak, walaupun saya extend 1 semester.....

Banyak perkara harus di perbetulkan dulu sebelum saya sambung study saya:
  1. LURUSKAN NIAT DULU - Identify dulu sebab musabab kenapa nak sambung PHD? Adakah niatnya ikhlas untuk mencari redha Allah? Suka-suka sebab tengok kwn2 lain dah ada PHD? Saje nak sandang title doktor di depan nama? Sesungguhnya niatlah yang memainkan peranan yang amat penting. Tak betul niat, maka selalunya tak jadi setiap apa yang dirancang......
  2. SKILLFUL IN TIME MANAGEMENT - terutama sekali bab pembahagian masa dengan betul. Seriusly, saya ada masalah membahagiakan masa & kerja, mana yang patut didahulukan, dikemudiankan.....saya mudah terleka...lalai dengan sesuatu....Mengikut nasihat kawan-kawan saya, once dah jadi PHD student, every day mesti ada peruntukkan masa untuk kajian PHD kita at least dalam 2-3 jam sehari. Tak boleh tinggal! Impian masa saya dalam sehari...
    1. 2 jam - kajian PHD
    2. 5 jam - Tidur (Ada pepatah kata, orang yang berjaya tidurnya kurang dari 5 jam dlm sehari)
    3. 2.5 jam - Amal Ibadat
    4. 6 jam - Kerja-kerja di rumah + anak-anak + keluarga
    5. 7 jam - Kerja di office + dengan pelajar saya
    6. 1.5 jam - Lain-lain
    • makna kata, saya takkan ada masa untuk FB, takkan ada masa nak tengok TV, takkan ada masa untuk berblogging, takkan ada masa nak baca buku-buku kegemaran saya, takkan ada masa rekreasi, takde masa nak jalan-jalan dengan anak-anak. Kalau ada pun, probably ambil masa 2 hari dalam sebulan ke....Subhanallah! Boleh ke ni......
  3. DISIPLIN! DISIPLIN!DISIPLIN - Kalau tak berdislin dlm berbuat sesuatu, apa pun takkan jadi! 
  4. MENINGKATKAN JATI DIRI DENGAN TAMBAHKAN IMAN, AMAL TAQWA KPD ALLAH - amat kurang dan saya sendiri tak puas hati dengan tahap KPI amat ibadat saya....
Dan ada banyak lagi......

Tapi yelah, selalu orang kata - PERKARA BAIK USAH DITANGGUH. Kalau nak tunggu sempurna, memang sampai bila pun takkan buat....

Antara nasihat penting yang saya terima - DO YOUR PHD WHILE YOU ARE STILL YOUNG, DON'T WAIT LIKE ME, I'VE REGRET ALREADY. I SUDAH TUA SANGAT SEKARANG UNTUK SAMBUNG PHD. I HAVE WASTED MY TIME.

Masya Allah, Subhanallah ...rasa macam nak sambung dalam tahun depan aje coz mengikut cerita kawan-kawan ada peruntukkan dari kerajaan - biasiswa untuk sambung Master dan PHD - ada syarat-syaratnya dan masa yang bersesuaian. Dan offer ni bakal tamat menjelang tahun 2015.....saya kena cepat!

Nak buat tesis PHD mengenai ape ekk.........Doakan saya berjaya! Amin!

No comments:

Post a Comment