Wednesday 13 November 2013

Hebatnya Semut!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah, hari ini masih ada di sini, bernafas, meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini & masih berkemampuan berkongsi cerita-cerita....

Beberapa hari lepas, saya mendengar satu tazkirah / usrah yang kebetulannya saya dengar on the way nak balik rumah dari office. Antara lain perkongsian menarik dalam usrah ni (Subhanallah...saya tak ingat dah nama penceramah itu....) ialah mengenai keupayaan & kekuatan yang ada pada semut walaupun size nya yg kecil. Tetapi boleh jadi kelebihan & kekuatan sang semut ini mungking tiada pada mana-mana makhluk Allah yang lain yang lebih besar sizenya....in other words, bila comparekan dengan manusia sendiri, yang mana manusia ni memang punya kelebihan dari makhluk-makhluk Allah yang lain, iaitu AKAL FIKIRAN, OTAK! Tapi boleh jadi inilah antara nikmat Allah yang manusia sering sia-siakan......(termasuklah aku)...

Astaghfirullahallazim....
Semoga kita terjauh dari menjadi golongan-golongan yang mungkar & kufur nikmat!

Di sini saya kongsikan kisah sang semut, yang kecil tapi hebat. Kelebihan yang mungkin tiada pada kita, manusia. Semoga menjadi pedoman & iktibar buat kita semua, termasuklah diri saya sendiri.



Perkongsian dari http://www.hasrulhassan.com/2011/03/lebih-10-sebab-kenapa-saya-kagum-dengan.html.

Hebatnya Sang Semut.

Betapa hebat haiwan kecil ini sehinggakan Allah menamakan satu surah dengan An Naml iaitu semut. Ia merupakan surah ke 27 dengan mengandungi 93 ayat.

Allah berfirman yang bermaksud:
(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. (Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah An-Naml, Ayat 19)


Mengapa Semut Patut Dikagumi?
Saya kagum dengan semut sebab banyak; antaranya:

  • Semut jalan lurus ... kalau dibengkokkan ... ia tetap kembali ke jalan yang lurus tadi.
  • Semut akan berhenti dan 'menyapa' kawan-kawannya dan kemudian meneruskan perjalanan, macam berjabat tangan la plak.
  • Semut boleh bawa benda dari satu tempat ke satu tempat dengan dua kali saiznya, dan dalam jarak yang agak jauh.
  • Semut tak berebut sesama semut, makanan diangkut bersama-sama.
  • Semut hidup dalam komuniti dengan setiap semut ada tugas tertentu.
  • Semut boleh hidup hampir dalam apa jua keadaan.
  • Semut tak ganggu orang selagi orang tak ganggu dia.
  • Semut sangat tertib, kemas, dan penuh berkeyakinan.
  • Semut tak mudah putus asa, selalu nampak semut cari jalan sampai dapat nak bebaskan diri dari kepungan.
  • Semut akan mati bila diberikan terlalu banyak 'nikmat' atau gula.
  • Semut ingat kawan, dia tak tinggalkan kawan kat belakang, selalu angkut 'mayat' kawan dia ke kawasan selamat.

Hmm anda kagum tak dengan semut? Jangan bunuh semut ... nanti berdosa. :)

No comments:

Post a Comment