Tuesday 22 September 2015

Bangkitkah demi menerima hakikat itu...

Bismillahirrahamnirrahim.

Hati ini sangat terseksa...
Hati ini belum sembuh luka nya...
Luka yang dalam...
Yang tidak mudah sembuh....

Sensitif sangat kah aku?
Mudah sangatkah aku terasa?
Cuma aku masih meragui....
Cuma aku masih tidak mengerti...
Apa sebenarnya yang terjadi?
Apa sebenarnya yang dimahukan?

Rasa depress...
Rasa sedih....
Rasa sayu....
Rasa terkilan....
Aku tak faham....

Tepuk tepuk tangan sebelah sahaja, mana mungkin berbunyi....
Tangan dihulur tetapi tidak bersambut...
Tangan dilambai tidak berbalas....
Tidak cukup kiranya hanya kaki kanan sahaja yang melangkah sedang kaki kiri diam....takkan ke mana-mana...

Monday 21 September 2015

Setahun itu, aku tidak mati...

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Rasullullah S.A.W., para ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Menyepi...
Selama lebih dari setahun....
Itu tidaklah bermakna diri ini sudah mati, dikapankan dan dilemparkan ke jurang 7 kaki...
Aku masih hidup, masih bernafas secukupnya oksigen kurniaan Allah Yang Maha Pemurah....
Aku sendiri tidak mengerti ke mana hilangnya passionate, rasa untuk menulis blog..
Walhal sudah kuniatkan dalam hati - bahawa blog ini umpama warisan, wasiat turun temurun, tempat perkongsian ilmu, perkongsian rasa, diniatkan demi mencari REDHA si Dia yang Maha Esa...

Sebok? Yea aku agak sebuk dalam setahun ini...sebok melayan kehendak nafsu duniawi...memenuhi tuntutan kerja, memenuhi tuntutan keperluan keluarga dan diri sendiri yang hanya fatamorgana....
Setahun, nampaknya tiada kepuasan dalam nafsu ku walau sudah satu telaga nikmat dunia yang kuteguk...

Dan baru-baru ini aku terpempan...aku ditampar, aku dikejutkan dengan tragedi ini......

Tragedi ini yang menjadi rahsia hidup aku...cukuplah hanya aku, dia dan Dia yang tahu...

Wednesday 11 June 2014

2 Resepi - untuk detoxification

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar perkongsian dari FB page. Insya Allah saya juga akan mencuba nanti, di samping penggunaan pemakanan sunnah.

detoxificationResepi 1: To burn fat, boost metabolism, lose weight, fight diabetes and lower blood pressure.

Ingredients

1 glass of water (12-16 oz.)
2 Tbsp. Apple Cider Vinegar
2 Tbsp. lemon juice
1 tsp. cinnamon
1 Tbsp. Raw Honey

Directions
Blend all ingredients together

Secret Recipe Detox Drink will help your body burn fat, lose weight, fight diabetes.

Apple Cider Vinegar is full of enzymes and good bacteria. It contains acetic acid which has been shown to lower blood pressure up to 6%. It can also help eat up the starches if you do eat grains in your diet. (I use Bragg – Apple Cider Vinegar)

Lemon juice helps balance blood sugar and has an alkaline effect on your body helping to regulate ph. It contains, Vitamin C. ( use Lakewood Organic PURE Lemon Juice)

Tuesday 10 June 2014

Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim.

jangan berhenti berlari
Jangan berhenti berlari mendapatkan pahala amalan kebaikkan & ibadat, sehinggalah sudah confirm kakimu di syurga!

Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

Monday 3 February 2014

Buat permulaan - haruslah belajar redha....

Bismillahirrahmanirrahim

Blog post pertama untuk tahun 2014...

Supaya hidup ini lebih tenang - haruslah belajar redha.....

REDHA DENGAN SUAMI 
Bknlah bermaksud redha dengan semua perbuatan salah suami….
Redha bahawa suami itulah pilihan Allah untuk kita, redha inilah jodoh yang kita..….
Tidak pernah puas hati / tidak pernah redha dijodohkan dengan suami tersebut…...
Ada aje dlm hati tu…….“kenapalah aku kahwin dgn dia…”
Redha kan dahulu….inilah suami terbaik yang aku ada, mungkin tidak baik di mata orang lain, tapi terbaik untuk aku, utk iman aku, utk diri aku yg byk kelemahan dan sebagainya…..
Kebaikkan suami itu tidak dpt diukur dengan zahir, Cuma dpt diukur dengan batin…..

-Ustazah Norhafizah Musa, Usrati IKIM - Menguruskan Hidup Siri 2 


Dan itulah suami yang membawa aku lebih dekat dengan Ilahi, lebih dekat dengan syurga, lebih dekat dengan cinta abadi dari Allah......

Maka R.E.D.H.A.L.A.H!

Sunday 1 December 2013

Seminggu berlalu.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Merencanakan blog ialah suatu perkara yang paling membahagiakan buat saya. Ianya umpama revision kehidupan, sambil menaip, melakar satu persatu rencah kehidupan, barulah kita boleh review balik sebarang kekurangan, kecacatan dalam kehidupan kita.....sambil memikirkan rahmah, hikmah disebalik setiap kejadian... 



Facebook jadi panduan. Saya tak pasti bagaimana orang lain menggunakan laman social ini - adakah untuk kebaikkan atau keburukkan....tapi insya Allah, so far setiap kali saya post something saya cuba sedaya upaya meniatkan setiap perkara itu untuk kebaikkan semua. FB sebagai laman perkongsian perihal hidup saya. Sekiranya ia menggambarkan teladan yang salah, semoga ianya menjadi renungan setiap pembaca.....dan sekiranya ia memberikan teladan yang baik, saya berharap ianya akan menjadi ilham / idea untuk orang lain berbuat perkara kebaikkan juga....Niat perlu lurus, hanya satu - MENCARI REDHA ALLAH.....sebab tu setiap kali ada sesuatu perkara yang saya lakukan, perkembangan diri saya, anak-anak, keluarga atau sekeliling saya akan kongsikan di FB dan seterusnya di blog ini.

Happy Anniversary Abang!

26/11 - genap 8 tahun usia perkahwinan saya. 8 tahun bergelar isteri kepada seorang suami......8 tahun belajar nak menjadi isteri yang solehah, taat suami, taat Allah....memang byk dugaan yang harus di lalui...kesabaran diuji...tapi Alhamdullilah sampai sekarang saya masih sabar, tabah, tenang....kita terima seadanya kelemahan & kekurangan pasangan kita...Saya sendiri pun tak sempurna..banyak sangat kelemahan & keburukkan, Tapi Alhamdullilah, sepanjang 8 tahun kahwin, langsung takde komplen dari encik asben, cuma ada beberapa teguran yang boleh diterima...langsung tak pernah tangannya hinggap ke badan saya, jauh sekali nak mencubit...kalau pun ada yang saya terasa hati, terkecil hati, selalu saya pujuk diri sendiri - AKU NI SENSITIF SANGAT....menjadi suami isteri tak semudah A TO Z....perlukan kesabaran, kefahaman dan timbang rasa bersama....TAKKAN ADA PASANGAN YANG SEMPURNA....bergantung kepada kita untuk melihat ketidaksempurnaan itu.....dan sejauh mana daya kita untuk memperbaiki kelemahan itu bersama-sama....

8 tahun kahwin - anak dah 3. Syukur Alhamdullilah.


Kek Oreo Cheesekek Secret Recipe sponsor by asben.

Saturday 23 November 2013

Persoalan dari Mungkar dan Nangkir

 Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian dari FB Page - Nota Usrah.

 
Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku
Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku
Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku
Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin & Muslimah saudaraku..


Kisah sebuah keluarga Ahlullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkongsian dari FB Page Info Masalah Wanita.

Kisah sebuah keluarga Ahlullah

Gambar Ihsan dari FB Page
Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.

Ahmad Ammar - Syahid yang tertangguh

Bismillahirrahmanirrahim.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).

Duhai hati yang hidup,
Mari bermonolog dengan Allah… Aku datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak sukai, duhai Allah.
 ~~Perkongsian dari blog Sebarkan Bahagia - Ustazah Fatimah Syarha~~
 
SMS Ammar
'Syahid yang tertangguh'
Text terakhir arwah kepada kakaknya,beberapa jam sebelum kejadian
Al-Fatihah untuk Arwah Ammar

Fenomena Ahmad Ammar - masih belum berhenti kisah yang tertulis tentangnya di mana-mana...

Ianya memang memberikan kesan - kesan pada para ibu bapa, para remaja dan pelbagai segenap lapisan masyarakat....Saya berharap kesannya biarlah positif, membuka minda & akal fikiran....

Jom baca lagi!

Ahmad Ammar - Syahid yang tertangguh (Perkongsian dari FB page Abu Akhyar Al-Qudsi')


Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.


Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.


Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan Ä°ndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.

Wednesday 20 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Bismillahirrahmanirrahim.


Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Kisah pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia dalam kemalangan di kota Constantinople cukup memberi kesan kepada semua orang… Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak.. Saya sendiri sebak apabila membaca kisah anak muda ini… Bertambah sebak apabila melihat video di you tube.. Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya… Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya… “Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang syahid”

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki


Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Alfatihah


Penghargaan - Perkongsian dari Laman Page FB Islam Agama Ku.

Ahmad Ammar - dari nota Ustaz Nasir (FB)

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah....nak hidup macam ni supaya bila mati macam ni!!!


APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

ahmad ammar


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi.

Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah!!

Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....

Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang.

Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Semoga rohmu tenang di sana di sekeliling bidadari....Al-Fatihah.



Perginya Ahmad Ammar. Al-Fatihah....

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni pertama kali saya dengar kisah Ammar (arwah), itupun dari kawan-kawan. Ammar seorang pelajar dari Malaysia, belajar di Istanbul Turki. Sepanjang hidupnya sentiasa dipenuhi dengan amal kebajikan, membantu masyarakat Islam seluruh dunia.
 
Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah

Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.


"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, Allahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk Allah dan RasulNYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya Allah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)


ahmad ammar

"Aku terlalu lama hidup di zon selesa".

Catatan dalam buku nota Allahyarham Ammar.

Bukan Ammar saja begitu-- walhal hidupnya penuh terisi, bahkann hampir semua pemuda pemudi di malaysia ini-- terlalu lama di zon selesa.


buku nota ahmad ammar

Allahyarham dikebumikan di awal muharam, perkuburan yang sama dengan sahabat Nabi, yang pernah Nabi tinggal di rumahnya, Ayub An-Ansari.

Ahmad Ammar - moga tenang rohmu disana..amin ya rabb.. insan terpilih!..

AlFatihah.


Jom baca kisah Ahmad Ammar dari blog Ustaz Hasrizal Jamil :
http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/

Tuesday 19 November 2013

Mengapa Perlu Tutup Aurat? Ustz menjawab......

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar perkongsian....kenapa Islam menggariskan kepada para muslimah harus menutup aurat....perkongsian dari Facebook Page - Islam Agama Ku....cara menjawab yang berhemah, antara salah satu cara dakwah yang berkesan. Jom baca & hayati bersama. 

tutuplah aurat

Perbualan antara Liberal Gurlz & Ustaz.
 
Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong… pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku…. kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Sunday 17 November 2013

Tanda-Tanda Hidup Tak Berkat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar perkongsian....sekiranya rasa hidup tak tenang & kerapkali gelisah, boleh jadi sebab hidup kita tak berkat...apakah tanda-tandanya? Jom baca kat bawah ni. Saya kongsikan dari Facebook page Islam Agama Ku sebagai renungan kita bersama.


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

Kisah UPSR & Mini Cooper.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlebih dahulu, tahniah buat semua para pelajar UPSR 2013 seluruh Malaysia. Apa pun result, itulah kurniaan Allah Taala...beberapa anak buah saya pun ada yang mengambil peperiksaan UPSR ni, bermacam colours, 4A, 1A, 2A...


Saya tak berapa sangat nak beria dengan UPSR ni...coz bagi saya UPSR ni tak lah berapa penting. Yang penting ialah SPM...berapa ramai kenalan saya UPSR tak cemerlang mana pun, tapi skrang (di usia 30-an) mereka berjaya lebih dari saya (UPSR saya tahun 1995 -saya dapat 4As). Ada yang dah jadi engineer, doktor, guru...profession menarik. So buat anak-anak sekalian, don't worry okey? Result UPSR bukan penentu kejayaan masa depan...it's not the end of the world yet. Perjalanan masih jauh. Jangan too depress sekiranya result tak memuaskan....masih banyak masa untuk perbaiki diri. Yang penting lepas ni akan melangkah ke sekolah menengah, cabaran lebih besar & hebat. Jangan putus asa ye anak-anak! 

Dan isu yang paling hebat dibincangkan sekarang ialah isu seorang ayah yang menghadiahkan anaknya dengan Mini Cooper (berharga sekitar 210K) sebagai hadiah 5A UPSR...macam-macam pandangan masyarakat. Ada yang berbaur kedengkian...ada yang berbaur seperti nasihat...malah ada jgk yang menyokong.....

UPSR dan Mini Cooper

Yea, bagi saya ini memang hadiah yang cukup mewah untuk seorang anak berusia 12 tahun - UPSR 5A....dan sekiranya anak ini cemerlang sekalipun dalam SPM - 12 A dan sebagainya, bagi saya, ianya masih kategori HADIAH MEWAH yang tak sepatutnya diberi.....

Friday 15 November 2013

Kalau tak suka, PULANGKAN!

Bismillahirrahmanirrahim.

Penyesalan tiada berguna! Perkara sudah berlaku! Maka hargailah sesuatu sementara ada, bersyukurlah!

Saya kongsikan suatu cerita yang amat sedih, sebak membacanya. Saya rasa cerita yang sama pernah jadi drama kat TV. Pelakonnya kalau tak silap saya Fauzi Nawawi (asben Nisdawati), Sheila Rusly & Dato Jalaluddin Hassan. Memang sedih, cuma saya tak ingat tajuknya apa....dan ending untuk drama ni lebih tragis - isteri & anak-anaknya mati akibat dibunuh perompak yang nak merompak rumahnya....segala nikmat berkeluarga; isteri & anak-anak diambil sekaligus dari penciptaNya!

Banyak pengajaran...hargailah setiap orang keliling yang ada dalam hidup kita. Jangan sia-siakan.....bila Allah dah ambil balik yang dipinjamNya, tiada guna sebarang penyesalan....sesungguhnya setiap nikmat di dunia ini hanyalah pinjaman!

Jom baca!

Cerpen : Kalau tak suka, PULANGKAN! (share dari lamam Facebook - tak ingat page ape, dan takde pulak tulis the original writer....)

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.